Nuffnang2

Monday 11 October 2010

Sihir Dalam as-Sunah

1. Aisyah R.A meriwayatkan hadis dengan katanya yang bermaksud, "Rasulullah S.A.W disihirkan sehingga menjadikan Rasulullah seolah-olah kebingungan, melakukan sesuatu akan tetapi seperti belum melakukannya. Baginda pun berdoa kepada Allah. Setelah itu baginda bertanya kepada kepadaku: "Apakah kamu (Aisyah) merasai bahawa Allah telah menguji daku dengan sesuatu?" Ketika Rasulullah tertidur dua lelaki (malaikat) mendatanginya, seorang di sisi kepalanya dan seorang lagi di kakinya. Seorang bertanya kepada seorang lagi, "Apa yang terkena kepada Muhammad ini?" Dijawab, "Dia disihir." "Siapa yang melakukannya?" "Labeed Al-Aksam." "Dilakukan dengan apa?" "Dengan perantaraan sikat rambut dan rambut yang terlekat pada sikat itu (dengan jampi mantera sihir)." "Diletakkan di mana?" "Di dalam perigi Zarwan" Rasulullah pergi melihat sendiri perigi tersebut dan pulang ke rumahnya - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


2. Dalam riwayat lain disebut: "Rasulullah S.A.W mendatangi perigi tersebut dengan beberapa orang sahabat dan menyuruh sahabat-sahabat turun ke dalam perigi itu dan mencari bahan sihir (sikat) itu dan dikeluarkan dan dimusnahkan.


3. Daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas katanya: Saya mendengar Saad berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang makan pada waktu pagi tujuh biji kurma Ajwah, nescaya tidak akan dimudaratkan pada hari itu (keracunan dan kesihiran)."


*Sumber: Kertas kerja Datuk Dr. Haron Din, bertajuk: Sihir, kesannya kepada akidah dan bagaimana mengatasinya.

No comments: