Namun menurut Dr. Ismail, Ketua Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, gempa bumi atau bencana alam yang menimpa bukanlah hukuman untuk membinasakan umat yang ingkar. Umat Nabi Muhammad adalah umat yang paling bertuah kerana Allah tidak lagi mendatangkan bencana untuk membinasakan atau menghukum sesuatu umat.
"Bencana yang berlaku adalah sebagai peringatan kepada manusia supaya sedar kesilapan yang telah dilakukan dan kembali untuk mentaati Allah. Selain itu bencana juga mempunyai nikmat yang tersembunyi di sebaliknya. Contohnya ketika banjir, banyak tanaman rosak tetapi kita lihat pula selepas banjir tanah menjadi subur."
"Selain itu ia juga sebagai penghapus dosa kepada mereka yang sabar menghadapi musibah. Bagi kita yang tidak pernah mengalaminya menimbulkan rasa insaf melihat penderitaan orang lain," luahnya.
Tambahnya, kejadian gempa bukan satu perkara baru. Malah sejak belum mengenal komputer, gempa bumi telah berlaku namun jumlah kematian ketika itu begitu kecil jika dibandingkan sekarang. Ada ramai ulama Indonesia yang mengakui, mereka bekerjasama dengan alam untuk melihat tanda-tanda gempa.
Ketika itu sains belum lagi ada tapak di dalam masyarakat, namun mereka dapat menghindari bencana gempa bumi. Memang benar banyak harta benda yang musnah tetapi nyawa masih boleh diselamatkan. Tanda-tanda bencana itu boleh dibaca lebih awal oleh haiwan ternakan dan binatang liar yang berlari menyelamatkan diri. Dari situlah penduduk kampung mendapat petanda awal bahawa satu bencana besar akan berlaku dan menyelamatkan diri mengikut ke mana arah haiwan itu pergi.
Kesimpulannya, sekarang kita sudah tidak peka pada isyarat-isyarat alam yang Allah berikan di sekeliling kita untuk menghindari bencana. Mungkin juga kerana kita sudah semakin leka dengan kesibukan dunia atau lupa agaknya. Sepatutnya sudah ada kajian dilakukan untuk mengkaji tingkah laku haiwan dengan perubahan alam supaya banyak nyawa boleh diselamatkan. Wallahu'alam
Contoh gempa yang berlaku
Seperti inikah haiwan memberi isyarat bencana kepada manusia?
No comments:
Post a Comment