Nuffnang2

Wednesday 27 October 2010

Perjalanan Kesabaran

Salam..
Sabar je la. Tue yg mampu aku ucap bile bnde brt yg jd dlm mase dua ari nie. Selasa ritu, 26hb Okt, aku & amer grk intrview dr Rembau dgn kete pinjam dr kwn amer. So grk2 sumenye ok je smpai la ke tmpt intrview kt pst pnyelidikan koko kt bangi. Ade dua jwtn intrview wktu tue. 1st, pen pgawai penyeldik & 2nd pen pgawai hal ehwal ekonomi. Punye la bria aku smpai print note psl lmbaga koko, tnmn koko & mcm2 lg. Calon intrview yg ade utk jwtn pen peg pnylidik ade 8 org. Jwtn ttp yg dibuke cme ade dua je. Satu ksong kt jengka, satu lg kt tawau sabah. Masuk je blik intrview, ade 3 panel. Timbalan pngarah koko, pengarah biologi & lg sorg xtaw lak jwtn ape. Maybe tlg2 je kot. 1st introduce diri. After that, diorg trus tanye pngalaman keje. Diorg xde tanye psl koko pn. Mmg pnt hafal je. Terbaek ah! Abes intrview, kitorg pn grk sbb turn amer pn da slesai. Sblm blk Rembau kitorg mkn dl kt warung trdekat. Aku lapa gile, sblm intrview xmkn pape. Lps mkn kitorg pn grk blk. Aku mntk amer kunci kete sbb aku nk drive mase blk tu. Bg la dia rehat lak. So grk la. Drive punye drive, lps je bangi kat highway aku rse cm kete makin slow. Aku gtaw amer & dia suh brenti tepi. Lps brenti tepi, tgk dpn da brasap2. Aku da rse xbest je ni. Bkk je, tgk pnutup air da ilang. Air da kering. Aku bab2 kete ni xbape taw. Tgh2 tggu2 tue amer try kol plus & kol owner kete tue. Da le kete pinjam kn. Ade gak sorg india dtg tgk2 tp amer ckp xyah la nnti kaw2 kene ketuk. Dia gtaw da kol org & india pn pegi. Pndek cite, org plus dtg tarik kete smpai simpang nilai & org mekanik dtg amek kete lak. Org plus yg suggest suh antar sne. Smai tmpt bengkel kete diorg, lps cek diorg gtaw byk rosak. Kos lbh kurang 1000 lbh, dia suh prepare 2000. Sbb da overhall. Aku da pning gak nie. Kbetulan parent owner dtg rini lak tue. Peh~ Lame gk dok situ, kitorang pn grk balik. Kete kne biar sane dlm 3,4 ari utk siap. Kitorg blk nek ktm dr stesen batang benar. Abg bengkel yg tlg antar smpai sane. Pstu amek ke sremban. Smpai sremban, jln2 kt Terminal 1 bg release srabut kt pale kitorang ni. Dlm kol 4 baru kitorg grk blk Rembau. Smpai umah, alip lak gtaw yg ayah owner nk tarik kete antar kt mlake. Amer & alip g tmn ayah owner g sne blk. Cian lak kt amer, konpem pnt gile. Hm dlm time mghrib, diorg smpai blk da. Aku tanye alip cmne, dia jwb ayah owner mntk byr sparuh2. Sparuh pn sribu la gak kn. Fobia gak weh nak nek kete pasni. Lg2 kete org. Amer ckp mmg kete tue problem byk sblm ni, time kitorang gne bnde tue jd lg plak. Reda je la. Aku gtaw amer sbr je la. Dugaan brt btul. Siyes mood pn ilang seh.

Friday 22 October 2010

Bertuahkah kita?

Cintailah Rasulullah kerana Baginda sangat menyayangi kita.


Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W.
Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga."
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah dia atas kepala dan janggut baginda SAW.
Baginda melihat kiri dan kanan. baginda SAW dapati tiada lagi bangunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril a.s berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril a.s berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku."
Baginda SAW bersabda: "Aku bertanya kepadamu akan umatku.
Di mana perjanjian mereka?"
Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku.
Jibril a.s menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya, "Di mana umatku?"
Jibril a.s berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru: "Tempatmu!"
Maka nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril a.s berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril a.s berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril a.s berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku."
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"
Jibril a.s berkata: "Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Allah Taala berfirman: "Hari ini, kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.
Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu."
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... ! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"
Ketika itu juga neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih.
Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya."
Fatimah r.a bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat.
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad SAW: "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Ketika di atas Sirat Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka melepasi! Jika tidak, hati mereka gementar apabila melihatmu."
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat.
Setiap kali baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"


Sayangnya Nabi kepada kita :'(


(Aku amek dr video seorang hamba Allah di fb. thanx a lot to him. Aku dah minta kbnrn owner. Kalau nk tgk videonye, klik cni ye video )

Alhamdulillah

Salam..
Syukur stinggi2 kurniaan Ilahi dpt interview koko kat pusat penyelidikan bangi 26hb nih. doakn aku ye. amin2 :))

Betulkah solat dapat menghindar diri dari melakukan maksiat?

Salam..
Betul ke? Memang btul tp perlu dtmbh ayt lg di blakangnye. Tak dinafikn, memang rmai org xwat rukun islam yg kedua ni sbg satu kewajipan. Ade sgelintir yg ambik acuh xacuh je ngn bnde ni. Jgn kite lupe, solat kite mrupakan antare soklan yg akn ditnye oleh munkar & nangkir di kubur kelak. Trang2 tu kewajipan kite. Persoalan skang ngan tajuk ats nih, btul ke dpt elak diri dr maksiat? Yea tp dgn solat yg khusyuk & mempunyai rse takut kpd Allah. Kite akn jmpe rmai juge yg dpt tunai solat 5 waktu. Ade yg solat, tunaikn sbb da biase. Dah diajar dr kcik. Bile da besa, bleh besekn diri. Tp khusyuk & rase takut kpd Allah da xde. Tu sbb kite ade dgr org kuat agme dr pndangan luar, bleh buat maksiat smpai masuk paper. Tu sbb tiap amalan bek yg diorang wat, tanpa prasaan takut kpd Allah. Buat sbb niat lain yg xikhlas. Nauzubillah min zalik. Mintak2 dijauhkan. Amin2

Kenangan

Salam..
Ehe.. Xtaw nk start cmne. Ok td mase aku g masjid utk solat jumaat, aku terserempak dgn mat indon ngah jln kaki nk ke masjid. Dia sorg je mase tu & aku pn pelawe dia tumpang skali ngan aku. Mase on d way kitorang sembang2 la jap. Abg ni asal dari jawe tgh. Name dia Ato. Ntah btul ejaannye. Umur 27 tahun & baru 7 bln keje kt kilang dkt ngan tmn aku ni. Kontrak keje dia smpai 3 tahun. Aku tanye dia xkeje ke arini, dia jwb jumaat off. Pelik gak aku, aku ni dok slh negri ke. Slalu klo off jumaat, negri klantan, trengganu yg wat cmtu kn. Layan je la. Aku tanye lg sabtu ahad keje ke, dia jwb yea. Keje 12 jam, masuk 6 pg, blk 6 ptg. Best le dgr blk 6 ptg,kire awl gak tu. Tp tang pg tu, bleh lak nk bgn awl kn. Aku tanye lg, kwn len mane. Dia jwb kwn len g masjid nek basikal. Dia sorang je yg xde knderaan. Smpai je kt masjid, aku wat2 tanye la camne dia nk blk. Dia jwb jln kaki je. Aku pn pesan nnti blk nek skali je, lepas doa abes, tggu kat motor ek. Dia senyum je, mean paham la kot.
     Lps abes solat & doa, aku pn cpt2 le g kat moto. Mane taw abg indon tu da tggu kn. Smpai kt moto, muke dia pn aku xnmpk. Aku pn tggu je sbb aku da pesan td tggu kt situ. Tggu punye tggu, xkuar2 gak abg nih. Mane lak dia g, aku pn masuk blk masjid cbe tgk mane taw dia ngah solat sunat ke kn. Masuk tgk, dia pn xde. So aku cpt2 le start moto, gerak blk. Mane taw mase on d way jmpe blk abg td. Peh mmg btul, aku jmpe dia kt simpang xjauh dr masjid. Bukan men jln kaki kn. Abg tu nmpk aku & dia pn brenti jln kaki. Cam phm2 lak aku nk brenti amek dia kn. Klo aku wat bodo je td. Hahaha Tp xdela sekejam tu aku nk wat. So aku brenti, aku tanye nape xtunggu td. Dia senyum je, phm ke x tu da mls aku pk. Mase nk blk kitorang sembang2 lg. Dia tanye kt mane ade court badminton. Aku ckp le kt tmn tu xde court badminton, padang adela. Sbb budak2 ramai men bola kt situ ptg2. Selalunye nak men badminton kene cari court sewa. Dia tanye harge mmg aku jwb xtaw la sbb muke aku mane le mnt men badminton. Ritu men badminton mase lepak kt mlake, men ngan angah, dua ari tangan rase sengal. Peh terbaek ah. Aku ckp le nk men riadah ptg2, g pdang ke men ngn bdk2. Sbb name je bdk2, tp skill bleh thn gak la. Sembang punye sebang walaupun xsume dia ckp aku phm, smpai la kt dpn ostel indon kt tmn aku tu. Aku nk amek no tepon, riso dia xde lak. Dpt sembang2 ngan org asing cm abg tu pn ok gak. Merapatkn silaturahim. So tu kenangan aku kot. Sbb abg tu bleh dikatekn ramah la gak. Aku harap jmpe dia lg pasni :)

Wednesday 20 October 2010

Alzheimer

Salam..
. . . . . . . .

Penyakit

Salam..
Kite mase waktu mude, mesti xde fikir psl penyakit kn. Kite akan fikir penyakit yg kite boleh rase je cam demam, batuk, seleseme. Rasenye tu je kan. Pernah x kite fikir tntg penyakit lain mcm darah tinggi, kencing manis, sakit jantung? Mesti x kn. Kwn2 aku ade yg kene penyakit darah tinggi, kencing manis. Ade sorang kwn aku cite baru2 ni ayah dia g wat check kt hospital. Resultnye ayah dia kene 3 penyakit berat. Padahal ayah dia rase sihat je, xde rase sakit ape pn. Tu sume kite xkan taw kcuali bile kite dah g check kt hosital right? Penyakit skang boleh melibatkan semua org tanpa mengire pringkat umur. Kite pn xsedar walaupun kite da yakin diri kite sihat. Diri aku sndiri pn teringin nk wt medical check up kalau ade duit lebih. So kwn2 ku jike ade duit lbh, jgn kedekut kuarkn duit utk mase dpn sndiri.

Kerja, online, jage opah?

Salam..


1st. Aku cari keje kat area pekan kat umah aku je. Cume amek mase gak. Bile dah dpt, ari2 boleh on9. Pape update aku boleh taw. Dari kwn2, mane taw ade jwtn kosong buke ke kn.


2nd. Aku keje je ngan makyang aku kat kg. Tahan la ngan cara pemerintahan suami dia wat keje. Mase yg same, aku boleh tlg jaga opah aku. on9? jgn harap la. Kene rajin msg kwn2 kalau nak taw pape update. Kwn2 fb, memang xdpt tgk le.


Sekarang ni mane patut aku pilih?
(1) atau (2)
huhu :|

Sebuah Kesyukuran

Salam..
Ritu aku ade cite yg transkrip aku slh kn. Smlm orang ppl upm ade call gtaw yg memang ade slh kat transkrip aku 2. Syukur Alhamdulillah. Harap sumenye ok dah pasni. Tp jgn tibe2 lagi turun pointer lak dah le. Memang aku g bom upm tu kang. Dlm proses yang tinggal ni, diorang mintak pulangkan transkrip lame. So aku suggest aku pos kat kwn aku yg skang ngah blaja sane, nanti mintak dia tlg. Tp aku xgtaw lg kat kwn aku tu pasal hal ni. Diorang pun lg bape minggu je nak abes sem ni da. Kne cpt amar! Huhuhu

Kesunyian

Salam..
Hari ahad lps, aku gerak blk kg utk tmn opah aku kt sane. Cian dia, da smakin uzur. Aku brase brt ati utk g sbb aku da plan nk cari keje dlm mase trdekat ni. Tp xpela, lyn je la. So kt sane mmg aku boring, aku xbawak laptop pn. Opah aku byk dok dlm blik sbb xlarat nk jalan da. Ade mase, aku cume tgk tv je. Makyang aku ade mntk tlg catkn tembok nak msuk ke rumah dia. Tp cuace xbape elok ptg 2, hujan lbt. Aku blk hari ni, hari selase. Pg td aku & makyang bwk opah aku g jmpe doktor sbb ubt2 opah da abes. Aku mmg da gtaw yg hari ni aku blk ke kuale blk, cume masenye tak dtntukn lg. Sumenye setel dlm kol 10 pg. Smpai je kt umah opah after g hspital, opah tanye kol bape aku nk blk. Aku jwb yg aku nk blk tghari lps mkn ngn dia. Tapixlame pls tu, aku tuka fikiran blk. Aku gtaw opah aku yg aku nk blk da. Plan aku tbe2 je. Opah aku ok je. Tp brt hati aku nk tinggalkn dia sorg2. Dia sorg2 je kat kg. Aku mmg nak tmn dia. Aku da pnh mntk tanye keje kat pejabat koperasi kt kg aku tu. Tp diorg jwb taknak gunekn org lg wat mase ni. Makyang aku ade ajak keje ngan dia. Keje buat cndwan. Aku bkn xminat, tp cara kerja suami dia yg straight sgt tu yg wat aku rase give up. Kite ni kerja2 pn masing2 ade limit. Bukan nk keje sepanjang mase. Klo stakat dok ofis keje aircond, keje 25jam sehari pn org bleh thn. Hmm mls cite pnjg, biar aku je yg taw. Sebak rasenye bile tinggalkn opah aku sorg2 td. Sy mnta mf ye. Mnta mf byk2. Nanti sy tmnkn opah lg :'(

Friday 15 October 2010

Hard Time

Salam..
Alhamdulillah selamat gak sampai ke rumah. Aku g konvo kat UPM, & tu konvo yg kedua. Serius aku ckp, byk gile mslh da jd kt aku. 1st beg aku hilang. Dlmnye cume ade paper & spek aku. Tp spek aku tu boleh thn gak la mhlnye. Aku mmg jarang gune spek. Tp klo nak drive mlm, nk study, aku mmg kene pakai. Sakit ati tu ade gak. Tp reda je la. Aku nak ngutuk org yg amek or terambek pun, bkn bende tu boleh dtg balik kat aku. 2nd  thing, transkrip aku slh. Pointer cgpa aku turun 0.2 dr transkrip sementara yg aku dpt dr kolej. Biar la btul. So nak setel2, aku pun xreti nak terang. Repeat paper aku da mencacatkan lg pointer yg sdia ada. Aku mintak tlg amir tgk, bro lokman & my lecturer. Hmm memang susah bile da jadi camni. Lastly aku g ppl upm sane, aku tanye diorang sendiri camne ngan transkrip aku. Ade salah ke kn. Tapi diorang ckp xde salah. Cume maybe kiraan cgpa last tak tolak kredit kimia ape ntah. Aku pun xbape taw ape dia ckp. So skang ni dia ngah check balik. Hope btul ada salah. Sebab mati le aku klo pointer aku camtu je. Nak keje, nak sambung, percent nk dpt cam susa je bile da jd camtu. Thanx to mizah & madi sbb tmn kat ppl 2 ye. Adoi leceeh!
Skang tawakal je le. Bende nak jadi. Sabar mar :|

Monday 11 October 2010

Bencana Gempa Bumi Balasan Atau Peringatan

Ada suatu yang menarik pernah dituturkan oleh Al-Allaamah Ibn al-Qayyim apabila menyentuh tentang gempa bumi. Katanya, "kadang-kadang Allah berikan bumi ruang untuk bernafas, gempa bumi yang besar itu adalah caranya. Gempa itu menyebabkan manusia rasa takut lalu bertaubat dan menyesali segala dosa yang pernah dilakukan. Kembali kepada Allah dan menyesali dosa silam. Para sahabat pula mengatakan, gempa bumi yang berlaku itu sebagai petanda Allah sedang memberi amaran. Semasa Madinah dilanda gempa bumi, Umar al-Khattab berkata kepada penduduk bandar itu, "jika gempa ini berlaku lagi esok, nescaya aku tidak akan ada lagi bersama kamu."
     Namun menurut Dr. Ismail, Ketua Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, gempa bumi atau bencana alam yang menimpa bukanlah hukuman untuk membinasakan umat yang ingkar. Umat Nabi Muhammad adalah umat yang paling bertuah kerana Allah tidak lagi mendatangkan bencana untuk membinasakan atau menghukum sesuatu umat.
     "Bencana yang berlaku adalah sebagai peringatan kepada manusia supaya sedar kesilapan yang telah dilakukan dan kembali untuk mentaati Allah. Selain itu bencana juga mempunyai nikmat yang tersembunyi di sebaliknya. Contohnya ketika banjir, banyak tanaman rosak tetapi kita lihat pula selepas banjir tanah menjadi subur."
     "Selain itu ia juga sebagai penghapus dosa kepada mereka yang sabar menghadapi musibah. Bagi kita yang tidak pernah mengalaminya menimbulkan rasa insaf melihat penderitaan orang lain," luahnya.
     Tambahnya, kejadian gempa bukan satu perkara baru. Malah sejak belum mengenal komputer, gempa bumi telah berlaku namun jumlah kematian ketika itu begitu kecil jika dibandingkan sekarang. Ada ramai ulama Indonesia yang mengakui, mereka bekerjasama dengan alam untuk melihat tanda-tanda gempa.
     Ketika itu sains belum lagi ada tapak di dalam masyarakat, namun mereka dapat menghindari bencana gempa bumi. Memang benar banyak harta benda yang musnah tetapi nyawa masih boleh diselamatkan. Tanda-tanda bencana itu boleh dibaca lebih awal oleh haiwan ternakan dan binatang liar yang berlari menyelamatkan diri. Dari situlah penduduk kampung mendapat petanda awal bahawa satu bencana besar akan berlaku dan menyelamatkan diri mengikut ke mana arah haiwan itu pergi.
     Kesimpulannya, sekarang kita sudah tidak peka pada isyarat-isyarat alam yang Allah berikan di sekeliling kita untuk menghindari bencana. Mungkin juga kerana kita sudah semakin leka dengan kesibukan dunia atau lupa agaknya. Sepatutnya sudah ada kajian dilakukan untuk mengkaji tingkah laku haiwan dengan perubahan alam supaya banyak nyawa boleh diselamatkan. Wallahu'alam


Contoh gempa yang berlaku




Seperti inikah haiwan memberi isyarat bencana kepada manusia?

Skema!

Salam..
Kenapa? Sebab ayat2 yang aku tulis kat blog ini dah macam ayat karangan untuk bawa check kat lembaga peperiksaan negara! Hahaha Semua skema! So lepas ini nak buat ayat biasa2 je la. Geli pulak aku baca :p


So ayat2 kat atas akan ditukar jadi ayat biasa dan ditranslate di bwh...


Salam..
knape? sbb ayt2 yg aku tlis kt blog ni dh cm ayt karangan utk anta cek kt lmbaga peperiksaan negara! hahaha sume skema! so lps ni nk buat ayt bese2 je le. geli plak aku bace :p


* Org xde keje ^^

UPM Planning

Salam..
Esok pagi aku dah nak gerak ke UPM. Lusa konvo aku yang kedua after konvo pertama di Putrajaya bulan Ogos lepas. Aku maybe lepak bilik kawan aku, madie ibrahim :)
Aku konvo kali ini tanpa kedatangan kedua orang tua aku. Seorang kawan aku cakap sah aku anak pungut. Cukup kurang ajar ayat itu. Haaha Tapi takpe. Aku faham. Parents aku pun penat kerja :)
Tapi yang dalam fikiran aku sekarang, hari apa aku nak balik? Lepas konvo plan apa pula? Kerja? Aku nak sangat. Hidup aku dah mula boring sekarang :|
Nasib handphone aku dah boleh guna untuk online free. Maybe boleh update ape2 nanti.

Sihir Dalam as-Sunah

1. Aisyah R.A meriwayatkan hadis dengan katanya yang bermaksud, "Rasulullah S.A.W disihirkan sehingga menjadikan Rasulullah seolah-olah kebingungan, melakukan sesuatu akan tetapi seperti belum melakukannya. Baginda pun berdoa kepada Allah. Setelah itu baginda bertanya kepada kepadaku: "Apakah kamu (Aisyah) merasai bahawa Allah telah menguji daku dengan sesuatu?" Ketika Rasulullah tertidur dua lelaki (malaikat) mendatanginya, seorang di sisi kepalanya dan seorang lagi di kakinya. Seorang bertanya kepada seorang lagi, "Apa yang terkena kepada Muhammad ini?" Dijawab, "Dia disihir." "Siapa yang melakukannya?" "Labeed Al-Aksam." "Dilakukan dengan apa?" "Dengan perantaraan sikat rambut dan rambut yang terlekat pada sikat itu (dengan jampi mantera sihir)." "Diletakkan di mana?" "Di dalam perigi Zarwan" Rasulullah pergi melihat sendiri perigi tersebut dan pulang ke rumahnya - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


2. Dalam riwayat lain disebut: "Rasulullah S.A.W mendatangi perigi tersebut dengan beberapa orang sahabat dan menyuruh sahabat-sahabat turun ke dalam perigi itu dan mencari bahan sihir (sikat) itu dan dikeluarkan dan dimusnahkan.


3. Daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas katanya: Saya mendengar Saad berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang makan pada waktu pagi tujuh biji kurma Ajwah, nescaya tidak akan dimudaratkan pada hari itu (keracunan dan kesihiran)."


*Sumber: Kertas kerja Datuk Dr. Haron Din, bertajuk: Sihir, kesannya kepada akidah dan bagaimana mengatasinya.

Tanda-tanda Kematian Seseorang

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

Copyright from Islam Itu Agamaku :)

Enam Pertanyaan Imam Ghazali

Enam Pertanyaan Imam Ghazali  

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.




Copyright from Islam Itu Agamaku :)

Sizzling & Spagheti

- My favourite food.
- Aku dah cuba hampir semua tempat makan yang ada jual sizzling kat tempat aku.
- Tak bermaksud aku ni jenis demand dalam bab2 makanan.
- Semua makanan aku boleh makan tanpa ada pantang larang or alah.
- Cuma jangan biasakan diri terlalu bebas makan. Kesannya ada, tunggu tua nanti.
- Ada rezeki lebih2, baru aku makan.
- Kalau masa aku belajar dulu kat Melaka, sizzling paling sedap kat Dataran Pahlawan.
- Kalau kat tempat aku ni, Safari Resort kot.
- Paling kurang sedap, kat kedai roti segar. 1st time rasa sizzling pedas. Apa hal la~
- Spagheti pula jarang aku makan kat luar.
- Selalunya my ummi yang masak. Puas makan! :)

Sunday 10 October 2010

Cakes

Salam..
Ada siapa2 yang suka kek? Dalam kamus dewan maksud kek ialah ... tak penah buka lak gi tengok. Aku cari dalam google search pun tak jumpa. Sendiri2 tafsir eh. Sometimes i feel weird to anyone who fanatic about cake. Apa yang special sampai hampir semua orang suka kek. Mesti korang tau kenapa aku tanya pasal ni kan. Because i dont like cake. Kadang2 je aku makan. Tak pun jarang2 je. Itu pun belum tentu sepotong aku boleh habiskan. When my bithday come, actually i dont like anyone to celebrate that. Kalau setakat makan2 biasa aku tak kisah sangat. Tapi kalau dah sampai beli kek, tu yang tak boleh blah. 1st thing waste money and then aku tak kan makan. Birthday aku tahun lepas pun, aku tak sentuh langsung kek aku sendiri. Kalau nak juga beli, beli sepotong je pun dah cukup kot kan. Haa lastly, umur dah berapa dah kan. Macam budak2 lagi tengok kalau nak celebrate2 ni. So conclusion sekarang ada dua. 1st aku memang tak suka kek dan tak kan suka. 2nd lak diam2 je sudah.ok? Beringat aje. Kita ni pun bukan makin muda. Maybe itu keseronokan dunia yang tak salah kita raikan. Bergantung pada diri masing2 :)

Russian

Salam..
Hari tu aku ada terjumpa satu fail notepad dalam folder adik aku kat dalam laptop rumah. Dalamnya ada kamus bahasa Rusia. Aku pelik gak sebab adik aku bukan belajar sana. Masa dia belajar kat KMS dulu pun mana ada ambil bahasa Rusia. Tapi itu semua tak penting la. Sebab dah terjumpa dah pun. So aku nak share la dengan siapa2 yang ada tengok blog aku ni. Belajar sikit pun layan je :)




udachi - good luck
paka - good bye
harasho - good
spaseeba - thank you
zdneom rashdenia - hepy birthday
zdrasvuite - hai
dobrae utra - good morning
dobrei den - good afternoon
skazhite pazhalusta - excuse me
nezashta - dont mention
spakoini noche - good night
spakoinoi - calm
noch - night


Grammar tidak ada, so pandai2 la sebut ek. Ikut dan je :p

Saturday 9 October 2010

Cerita

suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar..seorang kanak2 lelaki begitu gemar bermain2 di sekitar pokok epal itu setiap hari..dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas2 hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut..budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya..pokok epal itu juga amat menyukai budak lelaki tersebut..
masa berlalu..
budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja..dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut..namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.." marilah bermain2 di sekitarku, " ajak pokok epal tersebut.." aku bukan lagi kanak2..aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, " jawab budak remaja itu.." aku mahukan permainan..aku perlukan wang untuk membelinya, " tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih..lalu pokok epal itu berkata, " kalau begitu, petiklah epal2 yang ada padaku..jualkannya untuk mendapatkan wang..dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.."
budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal pada pokok itu dan pergi dari situ..dia tidak kembali lagi selepas itu..pokok epal itu berasa sangat sedih..
masa berlalu..
suatu hari, budak remaja itu kembali..dia semakin dewasa..pokok epal itu berasa sangat gembira.." marilah bermain2 di sekitarku, " ajak pokok epal itu.." aku sudah tidak ada masa untuk bermain..aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang..aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarhaku..bolehkah kau menolongku..? " tanya budak itu..
" maafkan aku..aku tidak ada rumah..tetapi kau boleh memotong dahan2ku yang besar ini dan kau buatkanlah rumah daripadanya.. " pokok epal itu memberikan cadangan..lalu budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya..pokok epal itu pun tumpang gembira sekali tetapi kemudiannya berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi..
masa berlalu..suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu..dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain2 dengan pokok epal itu..dia telah matang dan dewasa.." marilah bermain2 di sekitarku.. " ajak pokok epal itu..
" maafkan aku..tetapi aku bukan budak lelaki yang suka bermain2 di sekitarmu..aku sudah dewasa..aku mempunyai cita2 untuk belayar..malangnya aku tiada bot..bolehkan kau menolongku..? " tanya lelaki itu.." aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau..tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot..kau akan dapat belayar dengan gembira.. " cadang pokok epal itu..lelaki itu berasa sangat gembira dan menebang batang pokok epal tersebut..dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak kembali lagi selepas itu.namun begitu, pada suatu hari..seorang lelaki yang telah dimamah usia, datang menemui pokok epal itu..dia adalah budak lelaki yang pernah bermain2 di sekitar pokok epal itu..
" maafkan aku..aku tidak ada apa2 lagi yang hendak diberikan kepada engkau..aku telah memberi buahku untuk dijual..dahanku untuk dibuatkan rumah..dan batangku untuk dibuatkan bot..aku hanya tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati.." kata pokok epal itu dengan nada pilu." aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi..aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah terlalu tua untuk memotongnya..aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi..aku berasa penat dan ingin berehat.. " jawab lelaki tua itu." jika begitu, berehatlah di perduku.. " cadang pokok epal itu..lalu lelaki tua itu pun duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat..mereka berdua menangis kegembiraan..
sebenarnya..pokok epal yang dimaksudkan itu ialah ibu bapa kita..tatkala kita masih kanak2, kita sering bermain bersama mereka..apabila kite meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan..kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan..namun mereka tetap membantu kita..mereka tetap membantu kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan..anda mungkin terfikir bahawa lelaki itu bersikap kejam..tetapi fikirkanlah..itulah hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak2 masa kini melayan ibu bapa mereka..hargailah jasa ibu bapa kita..


copyright from NurSyahidah@Bedah :)

Peringatan Bersama

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

New Movie Download

A Nightmare On Elm Street

The Twilight Saga: Eclipse

Jonah Hex

Resident Evil: Afterlife 3D

Street Dance 3D

The Last Airbender