Nuffnang2

Monday 31 October 2011

ditempatkan

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh :)


selamat pagi. kalau bace petang selamat petang. hee aku sekarang da ade kat hujung minggu attachment aku merantau dari satu tempat ke satu tempat. attachment ni dalam kamus handset aku maksudnye lampiran -,- aku training dari bulan 6 ritu sampai la hari last 3hb november ni. alhamdulillah macam2 aku dapat belajar dari 5 tempat yg dah aku sampai. dari negeri sembilan, pahang dan last sekarang kat terengganu. lepas ni cuti raye haji dan last kursus seminggu sebelum kamiorang (bahasa kawan rumah aku) ditempatkan. atau dalam bahase melayunye, 'posting'. posting la benda yg buat aku terfikir2. kat mane la aku kene kerja nanti. cume satu je aku nak, mudah2an tempat aku kerja nanti dekat dgn laluan lebuhraya utara-selatan. tu je. dan aku harap sesiapa yang bace blog aku ni, doakan aku dapat posting tempat yang cam aku cakap atas tadi. "ya Allah, permudahkanlah urusan muhammad ammar b yahya. amin" (aku taip sebab kite ni memang mls nak niat bace doa utk orang. korang bace ni, kire doa kan. hee) 


sekian. terima kasih!
selamat menyambut raya aidiladha dan menjalankan ibadah qurban :)
(jum sama2 kite puasa sunat sehari sebelum raye nanti, insyaAllah)


wassalam.

Saturday 22 October 2011

ABC (ape blog campor?)

Assalamualaikum semua!
lame suda tak tulis pape kat sini. sebab sebelum2 ni aku lebih banyak membaca blog org. bace2 dan bace tapi malas nak komen. kadang ade org bercerita tentang diri, cerita tentang pengalaman, cerita tentang ilmu2 agama. takde satu pun yg berjaya tarik minat aku untuk letak satu komen. kalau letak pun sebab laen, takde kene mengena dengan 'entri' yg diorang letak.


kenape orang sebut entri? kenape tak sebut pos ke, karangan ke, rumusan ke, jadual berkala ke. kan? (fakta blur)
ok, sekarang ni aku nak cite satu cite dari zaman sahabat nabi, tapi aku tak tau dah detail waktunye.


pada satu hari ade seorang hamba sedang beribadah di satu kawasan berdekatan dengan makam seorang sahabat. lalu datang seorang lelaki, mengelilingi makam tersebut beberapa kali dan akhirnya beliau duduk sambil berdoa. beliau mengadu kepada empunya makam, "wahai si polan, aku mempunyai isteri yang hampir hendak bersalin di rumah. dengan segala kudrat aku memohon pertolongan darimu agar membantu isteriku agar selamat melahirkan anak dan menyelamatkan kedua-duanya." setelah selesai dia pun beredar. hamba yang beribadah hanya memerhatikannya. tidak berapa lame kemudian, datang pula seorang lelaki lain juga ke makam tersebut. beliau buat seperti lelaki pertama yang datang tadi dan berdoa, "wahai si polan, anakku sedang mengalami penyakit dan akan menjalankan pembedahan sebentar lagi. aku meminta dan memohon pertolongan darimu agar pembedahan dapat berjalan dengan lancar dan anakku selamat nanti." hamba yang sedang beribadah tadi segera menegur lelaki tersebut. "encik, si polan takde. dia baru pergi menolong lelaki lain yang datang sebentar tadi."


haa ape maksudnye? masing-masing boleh paham kan? kalau dah paham, takyah la aku terangkan. hahahaha (gelak sorang2, lantak korang taknak gelak pun)


-------------------------------------------


ok ni cerita kite yang dah ade tuhan. kite susah, mintak la pertolongan dari Dia. mase susah je ke? aku cakap camtu sebab, kebanyakan, tak sume (termasuk diri aku) ingat tuhan banyak-banyak mase susah je. mase tu la kite nangis, kite ngadu kenapa jadi camni, jadi camtu. mase senang ingat tuhan sikit-sikit je kan. ish ish same-same kite berubah ke arah yang lebih baik. Amin! (semangat)


takat ni je. untuk setakat ade jadual berkala kat blog aku ni. tiap ape yang aku cakap, tak semuanya betul. cerita atas ni pun aku dah tak berapa ingat sangat. agak ade tersilap, minta tegur (cakap sorang2 sebab takde sape nak bace blog aku pun).


sekian assalamualaikum :)