Nuffnang2

Monday 31 October 2011

ditempatkan

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh :)


selamat pagi. kalau bace petang selamat petang. hee aku sekarang da ade kat hujung minggu attachment aku merantau dari satu tempat ke satu tempat. attachment ni dalam kamus handset aku maksudnye lampiran -,- aku training dari bulan 6 ritu sampai la hari last 3hb november ni. alhamdulillah macam2 aku dapat belajar dari 5 tempat yg dah aku sampai. dari negeri sembilan, pahang dan last sekarang kat terengganu. lepas ni cuti raye haji dan last kursus seminggu sebelum kamiorang (bahasa kawan rumah aku) ditempatkan. atau dalam bahase melayunye, 'posting'. posting la benda yg buat aku terfikir2. kat mane la aku kene kerja nanti. cume satu je aku nak, mudah2an tempat aku kerja nanti dekat dgn laluan lebuhraya utara-selatan. tu je. dan aku harap sesiapa yang bace blog aku ni, doakan aku dapat posting tempat yang cam aku cakap atas tadi. "ya Allah, permudahkanlah urusan muhammad ammar b yahya. amin" (aku taip sebab kite ni memang mls nak niat bace doa utk orang. korang bace ni, kire doa kan. hee) 


sekian. terima kasih!
selamat menyambut raya aidiladha dan menjalankan ibadah qurban :)
(jum sama2 kite puasa sunat sehari sebelum raye nanti, insyaAllah)


wassalam.

Saturday 22 October 2011

ABC (ape blog campor?)

Assalamualaikum semua!
lame suda tak tulis pape kat sini. sebab sebelum2 ni aku lebih banyak membaca blog org. bace2 dan bace tapi malas nak komen. kadang ade org bercerita tentang diri, cerita tentang pengalaman, cerita tentang ilmu2 agama. takde satu pun yg berjaya tarik minat aku untuk letak satu komen. kalau letak pun sebab laen, takde kene mengena dengan 'entri' yg diorang letak.


kenape orang sebut entri? kenape tak sebut pos ke, karangan ke, rumusan ke, jadual berkala ke. kan? (fakta blur)
ok, sekarang ni aku nak cite satu cite dari zaman sahabat nabi, tapi aku tak tau dah detail waktunye.


pada satu hari ade seorang hamba sedang beribadah di satu kawasan berdekatan dengan makam seorang sahabat. lalu datang seorang lelaki, mengelilingi makam tersebut beberapa kali dan akhirnya beliau duduk sambil berdoa. beliau mengadu kepada empunya makam, "wahai si polan, aku mempunyai isteri yang hampir hendak bersalin di rumah. dengan segala kudrat aku memohon pertolongan darimu agar membantu isteriku agar selamat melahirkan anak dan menyelamatkan kedua-duanya." setelah selesai dia pun beredar. hamba yang beribadah hanya memerhatikannya. tidak berapa lame kemudian, datang pula seorang lelaki lain juga ke makam tersebut. beliau buat seperti lelaki pertama yang datang tadi dan berdoa, "wahai si polan, anakku sedang mengalami penyakit dan akan menjalankan pembedahan sebentar lagi. aku meminta dan memohon pertolongan darimu agar pembedahan dapat berjalan dengan lancar dan anakku selamat nanti." hamba yang sedang beribadah tadi segera menegur lelaki tersebut. "encik, si polan takde. dia baru pergi menolong lelaki lain yang datang sebentar tadi."


haa ape maksudnye? masing-masing boleh paham kan? kalau dah paham, takyah la aku terangkan. hahahaha (gelak sorang2, lantak korang taknak gelak pun)


-------------------------------------------


ok ni cerita kite yang dah ade tuhan. kite susah, mintak la pertolongan dari Dia. mase susah je ke? aku cakap camtu sebab, kebanyakan, tak sume (termasuk diri aku) ingat tuhan banyak-banyak mase susah je. mase tu la kite nangis, kite ngadu kenapa jadi camni, jadi camtu. mase senang ingat tuhan sikit-sikit je kan. ish ish same-same kite berubah ke arah yang lebih baik. Amin! (semangat)


takat ni je. untuk setakat ade jadual berkala kat blog aku ni. tiap ape yang aku cakap, tak semuanya betul. cerita atas ni pun aku dah tak berapa ingat sangat. agak ade tersilap, minta tegur (cakap sorang2 sebab takde sape nak bace blog aku pun).


sekian assalamualaikum :)

Thursday 11 August 2011

Kehilangan

Salam..
setiap permulaan pasti ade pengakhirannya. dr awal tahun bertemunya akhir tahun, dr muda bertemunya tua. begitu juga umur kita. sampai masanya umur kita akan berakhir seperti gugurnya sehelai daun ke muka bumi. pagi 10 ogos, 10 ramadan yg lepas, nenek aku telah pulang ke rahmatullah. sedih rase hati. sape2 yang ade bace, minta same2 sedekahkan al-fatihah mudah2an opah ditempatkan bersama orang2 yang beruntung. amin ya robbal a'lamin:(


* sorang kawan sekelas aku mase skolah clifford dl meninggal 1 ramadan yg lepas. same2 sedekahkan al-fatihah

Wednesday 13 July 2011

Smoker!

salam..
okeh kali ni aku tak tulis blog secara live. aku tulis kat wordpad dulu, then baru paste kat blog. sebabnya.. blogger yang terbaek la. tanye lagi -,-
ok kali ni aku nak cite sket la, walaupun tak taw la da bleh dikategorikan sbg cerite ke tak kan. pasal rokok. ok rokok dalam bahase inggeris ialah cigarrette. ntah betul ke tak aku eja ni ha. selalu dok maen game je, tu yang taw. kadang aku pelik dengan perokok2 ni. kenapa diorang lebih suka hisap rokok? ape yang ade kat dalam rokok tu sampai diorang suka hisap hari2? jawapannya.. korang tengok kat internet la. da alang2 buka bace blog aku, mesti korang bace dengan menggunakan internet kan. tak kan bukak blog aku ni guna line infrared kan. nampak beno menipunye. haha aku nak cite serba sedikit tentang pendapat kawan2 serumah aku yang suka hisap rokok. takde la kawan2 sangat. aku tanye sorang je pun. kalau kawan2 that mean ramai kan. ehe aku tanye kenapa ramai orang suka hisap rokok? kawan aku jawab, sebab diorang ni tak taw nak watpe dengan duit yang ade. duit ade baek beli rokok. kadang tension fikir duit sikit je dapat hari2. cube kalau duit banyak dalam poket, diorang takde tension2 da. mase tu diorang takde da hisap rokok -,- nak hampir setiap hari aku puji kawan aku ni. aku bgtaw tak sia2 aku dok serumah dengan dia selama 5 bulan pasni. dia senyum je. bagus kan jawapan dia. aku harap pendapatan rakyat negara pasni dapat ditingkatkan agar setiap rakyat berasa happy dengan hidup diorang. then kurang la bilangan perokok. kan kan? haha
Conclusion aku boleh dapat, kalau kita tension memang rokok la penyelesaiannya. even kawan aku yang kerja MA, menyelamatkan orang hari2, tapi malangnya tak berdaya menyelamatkan diri dia sendiri. aku tanye gak kenape hisap rokok, kawan aku jawab tension kerja. alahai jawapan.
bagi aku, lagi satu keburukan merokok yang paling kita boleh rasa, duit habis pelan2. aku ade gak kena perli, eh tak hisap rokok? nak g haji awal ke? haha aku pun gelak le. doa kot. mane taw dapat g awal kan. rezeki tu. hee kadang aku ade gak teringin nak rase macam mane la rase sebatang rokok tu. tapi syukur aku dari dulu, dari kecik, setiap aku berkawan, setiap kali aku berjalan, mak aku selalu pesan jangan hisap rokok. aku ingat pesanan tu sampai bile2.
eh tadi aku da sebut conclusion. malas nak backspace lak. kire kesimpulan terakhir la. merokok membahayakan kesihatan. tapi semuanya terpulang kepada kemahuan masing2. di mana ada kemahuan, di situ ade jalan kan. tak terlambat untuk berubah wahai kawan2 serumahku khasnya & amnya untuk kawan2 luar yang terbace. hahaha
*ingat! tiap kali kite sakit, mesti doktor akan tanye "ade hisap rokok tak?" ehe lu pikir la sendiri:)

Monday 11 July 2011

@$%&*!^%^

yeah terbaek! hari ni aku excited gile nak tulis blog. memang excited gile padahal takde ape pun nak cite. kire pendek cite aku da tulis la dalam dua tige perenggan lak la. cukup empat bleh wat rumusan da hantar ke LPN. ahaha bile aku dah siap taip, dengan hepynye aku alehkan cursor then tekan button "PUBLISH POST". pastu page error kuar. lepas page error kuar, aku back ke page sebelum. error gak. aku tengok draft balik mane taw ade banyak gak yang da auto save mase aku ngah wat karangan tadi kan. bukak2 je, ade satu perkataan je yang blog ni sempat save iaitu "salam..". TERIMA KASIH BLOGGER! -_-"

*macam biase la post aku memang tak penah ade gambar.

Wednesday 1 June 2011

sedar ke kite

Diriwayatkan dari Anas r.a. Ia berkata: "Pernah Rasulullah s.a.w memberi nasihat, dengan nasihat yang belum pernah sama sekali saya dengar seperti nasihat itu. Lalu beliau bersabda: 'Jikalau kamu tahu tentang syurga dan neraka yang pernah diperlihatkan kepadaku, nescaya kamu hanya tertawa sedikit sahaja dan nescaya kamu akan menangis sebanyak-banyak pula.' Kemudian sahabat-sahabat Rasulullah menutup muka mereka dan terdengarlah suara tangis yang tersedu-sedu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday 12 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada ummi saya, Salbiah binti Noordin. mudah2an ummi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa mendapat berkat tuhan dalam ape jua kerja yang ummi lakukan. terima kasih sebab sabar sesabarnya mendidik saya :)


saya post kan lagu nasyid yang semestinya ummi akan ingat sebab dari kecil dah biase dengar.


Brothers - Lagu untukmu Ibu