Nuffnang2

Thursday 12 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada ummi saya, Salbiah binti Noordin. mudah2an ummi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa mendapat berkat tuhan dalam ape jua kerja yang ummi lakukan. terima kasih sebab sabar sesabarnya mendidik saya :)


saya post kan lagu nasyid yang semestinya ummi akan ingat sebab dari kecil dah biase dengar.


Brothers - Lagu untukmu Ibu


Tuesday 10 May 2011

Hentaman Pertama

Suatu hari Rasulullah berjalan melalui satu tanah perkuburan. di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis. rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah lantas baginda bersabda yang bermaksud: "bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah." sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. dihalaunya Rasulullah,  "jauhkan dirimu daripadaku! engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku." Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan itu lahir dari hati seorang Rasul. sebab itu agak kasar bicaranya. namun Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak tersinggung. baginda meneruskan perjalanan Baginda. setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar. lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. "maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah." Rasulullah tetap tenang malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. sabda Baginda yang bermaksud: "sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama." (Muttafaq 'alaih)


Thursday 5 May 2011

medical o0 medical









Petang tadi, dalam kol dua petang aku g medical checkup. first time kot merase. lagi pun aku memang teringin nak wat sejak bile ntah, tak ingat da. tapi lame la gak dah memasang niat. sebabnye aku tak merasekan diri ini cukup sihat lagi. aku wat medical checkup kat klinik swasta saja. namenye Klinik Uma. tak jauh dari rumah aku pun. sampai je, aku tunjukkan surat yang perlu aku bagi dengan senarai ape yang perlu diperiksa. congak2 semuanya rm60 SAHAJA. berbanding hospital kerajaan yg kenakan caj rm165 lepas tengok habis surat2 aku tu. beban gila. 1st thing ujian urine. lepas tu, aku dipanggil untuk kira tinggi, berat, tahap penglihatan dan ujian rabun warna. aku ni kan jarang pakai spek. totally ok la. examiner pun tak banyak mulut. settle semua tadi, x-ray lak. aku teringin nak tengok camne resultnye. sebab mase kecik dulu aku ade penyakit asma yang boleh dikatakan teruk gak la. lepas wat x-ray, aku tunggu kat lobby balik. tengah tunggu kat lobby, baru aku perasan yang kat klinik tu semuanya perempuan. mane laki takde ke? =.= tak lame lepas tu, examiner tadi panggil then bagitaw yang kena tambah rm30 lagi untuk ujian dadah. tu dia. tadi dia gak yang check kate rm60 je. adoi tapi takpe la. asalkan tak mahal dari bayaran kat hospital kan. untuk ujian dadah, aku kena datang esok pagi. dia pesan jangan minum air kopi, coca-cola, panadol, ubat batuk (aku sebut balik sebijik2 ape dia cakap tadi ni). last untuk hari ni, aku jumpe la doktor. doktor tengok result x-ray aku, darah tinggi, pernafasan, jantung dan sewaktu dengannya. syukran Alhamdulillah semuanya sihat. harap ujian esok dipermudahkan seadanya. amin2 :)