Nuffnang2

Monday 25 April 2011

"Mana jalan ke tempat mandi awam Minjab"

Alkisah, seorang lelaki yang hampir meninggal dunia, dikatakan kepadanya: "Mengucaplah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah."
     Lelaki yang sedang nazak itu menjawab: "Mana jalan ke tempat mandi awam Minjab?"
     Kenapa lelaki itu menjawab demikian? Ada kisah di sebaliknya.
     Ceritanya bermula ketika dia berdiri di depan rumahnya yang mana pintunya menyerupai pintu kamar mandi Minjab.
     Kebetulan seorang hamba perempuan (jariah) yang sangat cantik dan manis lalu di situ dan bertanya jalan: "Mana jalan ke tempat mandi awam Minjab?"
     Lalu lelaki itu menjawab: "Inilah jalan ke menuju ke kamar mandi." Ditunjuknya pintu rumahnya. Lalu hamba perempuan itu masuk ikit pintu yang ditinjuki itu. Lelaki tersebut mengikut dari belakang. Sebaik sahaja hamba perempuan itu menyedari dia telah ditipu, dia berpura-pura menampakkan raut wajah yang berseri dan gembira lantas berkata: "Alangkah beiknya jika ada bersama kita sesuatu yang mengindahkan kita dan menyenangkan." Semua itu hanya helah dia untuk melepaskan diri.
     Lelaki tersebut menjawab: "Pada saat ini aku sangat gembira dan akan memberi kamu segala yang kamu kehendaki dan ingini. "
     Kemudian dia keluar meninggalkan perempuan tersebut tanpa mengunci pintu rumahnya dan dibiarkan pintu terbuka. Sewaktu dia kembali mendapatkan perempuan tersebut, perempuan itu telah meninggalkan rumah tanpa mengambil apa-apa barang di dalam rumah itu.
     Kemudian lelaki itu menjadi angau dan bagaikan orang gila kerana pertemuan dengan gadis tersebut. Akhirnya dia jatuh sakit dan pada saat kematian menghampirinya pun mulutnya asyik bertanya: "Mana jalan ke tempat mandi awam Minjab?"
     Itulah lafaz terakhir yang diucapkannya sebelum nyawa terpisah daripada badan.


*Tempat mandi awam Minjab ialah sebuah tempat mandi di Basrah yang dibina oleh al-Minjab bin Rasyid


moral value dari cite ni, korang pun taw kan. jangan aniayai orang. tak baek.
moral value dari buku ni, tutuplah pandangan :)



*tak sangke jumpe cite ni dlm English version :O

5 comments:

Afiqah Anwar said...

denga tu koci. jangan tipu orang!

koichi said...

eh tipu sape bdk bas?

Afiqah Anwar said...

takde sape. haha. :P

koichi said...

kuang ajaq =.="

sara saranghae said...

erm..