Nuffnang2

Tuesday 10 May 2011

Hentaman Pertama

Suatu hari Rasulullah berjalan melalui satu tanah perkuburan. di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis. rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah lantas baginda bersabda yang bermaksud: "bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah." sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. dihalaunya Rasulullah,  "jauhkan dirimu daripadaku! engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku." Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan itu lahir dari hati seorang Rasul. sebab itu agak kasar bicaranya. namun Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak tersinggung. baginda meneruskan perjalanan Baginda. setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar. lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. "maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah." Rasulullah tetap tenang malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. sabda Baginda yang bermaksud: "sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama." (Muttafaq 'alaih)


2 comments:

Anonymous said...

herm.mulia kan rasul kita.mar..ko taw christian durjana hina kita doe.ko bukak www.muhammadtube.com dorg kuang aja gle doe.ko tgk video2 bodoh dorg.siyes cm sial.sakit ati aku tgk.:(

koichi said...

aku tak brani nak tgk von. aku pn xtaw nape.